TERHARU

 

Memenuhi jemputan merupakan perkara yang amat ditekankan dalam Islam. Namun solat berjamaah merupakan perkara yang menjadi keutamaan dalam beribadat dalam beberapa hadis yang sahih. Bagi mereka yang sudah istiqamah DENGAN solat berjamaah tidak akan sanggup meninggalkan solat berjamaah walaupun satu waktu dalam sehari. Mereka akan merasai nikmatnya ibadat solat berjamaah dan akan memastikan dengan

apa cara sekalipun untuk kekal solat berJamaah di masjid atau Surau. Sekiranya keadaan amat terdesak
mereka akan memastikan berjamaah bersama keluarga, rakan atau sesiapa sahaja. Apabila situasi ini terjadi pasti Allah akan memudahkannya dengan RAHMAT dan KUDRATNYA. TERHARU apabila seorang hamba Allah memesan kepada isterinya supaya menunggunya sehingga pulang dari majlis yang akan dihadirinya menyebabkan dia tidak sempat berjamaah.

Leave a Reply