TERAWIH , 8 atau 20

Umat Islam tidak perlu betpolimik berkaitan jumlah rakaat solat Terawih . Perkara yang menjadi masalah ialah tidak mepedulikan solat sunat Terawih atau yang melaksanakan sesuka hati jumlah rekaatnya. Solat lapan rakaat adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan orang yang langsung tidak solat Terawih. Bolehlah laksanakan lapan sekiranya ada urusan yang ingin diuruskan di rumah berkaitan dengan urusan keluarga seperti mambantu isteri atau menjaga atau Mendidik anak ( kerana pada siangnya kita sibuk dengan urusan mencari rezeki, atau menjaga anggota keluarga yang kurang sakit, atau untuk tadarus dan tadabur al Quran, atau kesihatan diri tidak mengizinkan, atau urusan kerja, atau ingin tidur awal untuk bangun Qiamulai nanti. Solat sendiri adalah doa, doa dalam bacaan surah al Fatiaha, doa pada doa iftitahnya, doa pada ‘itidalnya, doa pada sujudnya, doa di antara dua sujud, doa pada tahiyat akhirnya dan sekiranya kita mengamalkan zikir atau doa yang Rasul Sallallahu ‘alaiwasallam amalkan memang ‘power’ maksud bacaan tersebut!Lagi banyak kita solat lagi banyak kita memohon kepadaNya! Mungkin pada solat lain kita mempunyai masa yang terhad untuk melaksanakan solat sunat seperti solat sunat rawatib dan sebagainya. Jadi, daripada kita solat lapan rekaat kemudian bersembang di kedai kopi, atau menonton tv atau berbual kosong, bersukan dan sebagainya yang tidak menambahkan pahala, adalah lebih baik kita menghabiskan sebahagian malam sekali sahaja dalam setahun dengan solat terawih semaksima mungkin diikuti dengan zikir dan wirid mengikut imam. Hayati bacaan imam dan doa yang baca dengan penuh khusyuk serta penuh pengharapan. Mudahan itulah di antara doa yang dimakbulNya. Isilah malam dan siang di bulan yang penuh berkat dan maghfirah ini sebaik mungkin sebagai pelengkap untuk meraih puasa yang mabrur. HambaNya yang diterima amalan puasanya disediakan pintu khas apabila ingin memasuki JannahNya iaitu pintu al Rayyan.

Leave a Reply