TERAWIH 20 RAKAAT! BANYAKKAH ?

Ya, untuk yang malas dan memang bagi kelompok ini solat terawih merupakan sekadar tradisi ibadat di bulan Ramadhan. Namun, yang menyedihkan, kenapa ahli ibadat pun turut terikut-ikut dengan budaya golongan ini. Kita sudah sedia maklum dalam hadis sohih bahawa kita akan mendapat pahala Qiamulai seandainya kita berjaya menghabiskan solat sunat terawih bersama-sama dengan imam.Di andaikan golongan kedua ini sememangnya qiamulai sudah merupakan amalan istiqamahnya! Namun, secara pratikalnya seandainya itulah amalannya, mana mungkin amalan tersebut tidak mendorongnya untuk menggandakan lagi amalannya. Menyelesaikan terawih bersama imam dan ditambahkan dengan amalan bangun malam yang telah istiqamah itu, maka amalan berganda pada bulan yang penuh keberkatan ini! Pahala qiamulai yang tidakpun kita kerjakan mungkin lebih sempurna daripada yang kita kerjakan. Pahala qiamulai yang diberi percuma terhindar dari sifat riak. Perkara yang penting kita laksanakan solat sunat terawih dengan sebaik mungkin dengan penuh keikhlasan. Rasanya tidak mungkin bagi mereka yang istiqamah bangun malam akan melepaskan peluang mendapat pahala qaimulai secara percuma kerana mereka amat menyedari besarnya penghargaan Allah kepada hambaNya yang sanggup bangun malam untuk beribadat berbanding enaknya beradu. Apatah lagi kepada mereka yang agak sukar untuk bangun beribadat pada waktu malam, maka inilah satu-satunya untuk mendapat ganjaran sebagaimana insan lain yang rajin beribadat malam!

Di dalam solat penuh dengan pengakuan kehambaan kita kepadaNya serta terdapat banyak zikir membesarkanNya serta doa yang terdapat dalam solat. Nah! inilah peluang terbaik kita untuk menyatakan dsn menzahirkan kepatuhan kita kepada perintahNya dalam setiap pergerakan dan bacaan kita dalam solat. Begitu juga kita dapat memohon sebanyak-banyak doa dan zikir sepanjang kita solat terutamanya semasa kita sujud (saat kita paling dekat denganNya). Bayangkan sepanjang 23 rakaat didarabkan dengan 30 malam bersamaan dengan 690 kali kita menghambakan kepadaNya, sujud kepadaNya, berzikir kepadaNya dan berdoa kepadaNya! Mungkin di waktu lain kita terlalu sibuk! maka ambil peluang sekali dalam setahun untuk menghampiriNya dengan sepenuh hati. Mudahan berkat amalan pada bulan yang penuh keberkatan membawa perubahan kepada amalan kita selepas Ramadhan nanti!

Leave a Reply