TEPATLAH PESANAN AKHIR RASULULLAH SALLALLAHU. ‘ALAIWASALLAM

AL QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAIWASALLAM jika dijadikan panduan pasti kita tidak akan sesat selama-lamanya. Dalam kehidupan beragama kita yang jahil akan menjadi teramat keliru jika panduan lain yang kita ikut. Sebagai contoh dalam solat, kita disuruh tu’maninah sama ada dalam aspek bacaan atau pergerakan kita. Dalam bacaan surah al Fatihah Allah akan menjawab setiap ayat yang kita lafaz (rujuk tafsir Ibnu Kathir -jilid 1), tapi kita lihat ramai imam solat yang memang kita akui kelulusan bidang agamanya, namun bacaannya adakalanya laju dan ada menyambungnya dan diselesaikan dalam tiga nafas sahaja. Apakah golongan dibolehkan kerana kebakarannya?! Kita akan menjadi keliru jika kita hanya merujuk kepada individu tertentu yang mempunyai later belakang pendidikan agama. Itu merupakan soal yang melibatkan rukun. Kita ambil contoh dalam yang yang kecil tapi menjadi amalan Nabi Sallallahu ‘alaiwasallam sebagai contoh langkahan kaki untuk masuk dan keluar masjid, kita Penceramah agama yang masuk ke masjid untuk menyampaikan kuliah tidak mengamalkan suruhan ini! Adakah ianya untuk amalan orang awam sahaja? Dalam hal solat berjemaah kita tidak hairan jika orang tidak memberatkan, namun jika ilmuan agama mengambil mudah juga ianya mengelirukan dan tidak menjadi motivasi kepada orang biasa. Banyak lagi amalan yang menjadi ‘immune’?! kepada golongan agamawan tapi sebaliknya bagi orang awam?!. Sesungguhnya TEPATLAH pesanan akhir Rasul Sallallahu ‘alaiwasallam dan jika itulah rujukan kita kita tidak akan keliru dan sesat selamanya. Ini kerana jika wujud situasi yang mengelirukan, maka cepat-cepatlah kita RUJUK al Quran dan sunnah(Hadis)Rasul Sallallahu ‘alaiwasallam insyaAllah rujukan itulah yang paling tepat dan mana-mana ulamak yang selari dengannya itulah yang menjadi ikutan kita .

Leave a Reply