TENTATIF IBADAT Qiamulai

Setiap amalan dalam beribadat mesti ada tentatifnya supaya semua langkah serta perbuatan dan perjalanannya lengkap dan teratur. Ianya bermula daripada bangkit dari tidur. Tentatifnya ialah-:

berniat untuk bangun qiamulai ( tentu jam berapa dan sebaiknya set penggera sebagai penguat untuk anda bangun brrpandukan niat sebelum tidur.

– doa bangun tidur serta zikir

– sebaiknya minum segelas air suam dengan doa

– ke kamar mandi dengan iringin doa masuk ke bilik air atau tandas, gosok gigi dengan niat untuk beribadat dalam keadaan bersuci, mandi dengan memakai kain basahan, berwuduk dan keluar dari bilik air dengan doa dan doa wuduk.

-memakai dengan doa serta berwangian

-solat sunat wuduk, sunat tasbih, taubat, tahajud, hajat dan sebagainya ditutup dengan solat sunat witir ( pastikan setiap malam sekurangnya   solat sunat tahajud dan witir )

– bersahur dan niat puasa sunat jika esoknya anda akan berpuasa( Isnin dan Khsmis )pastikan masuk doa semasa anda bersahur

– tadarus dan tadabur( jika masih ada masa)

-keluar dari rumah(sebaiknya berjalan kaki jika jarak masjid tidak terlalu jauh dari rumah kerana bermacam zikir boleh diamalkan sepanjang perjalanan, sebagai contoh zikir Pagi semasa pulang dari solat fardu kerana cuaca waktu pagi adalah nyamau dan segar) dengan doa, berjalan ke masjid dengan doa, masuk ke masjid dengan doa, pastikan ada datang awal ke masjid untuk sekurangnya dapat solat tahiyatul masjid dan sunat kabliah Seterusnya sehingga selesai solat FARDU Subuh berjemaah. PASTIKAN ANDA beribadat dalam keadaan segar dan ceria sehinggalah selesai berwirid selepas solat dan dikuti dengan amalan harian yang biasa anda laksanakan secara ISTIQAMAH .

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. under Mary Christina Brown - Trackback on 2016/08/01/ 02:43
  2. Noise measurement in perth - Trackback on 2016/08/18/ 11:24
  3. đại lý sơn jotun tại tp hcm - Trackback on 2016/10/24/ 17:48
  4. project topics in accounting - Trackback on 2016/12/06/ 05:36