TEKNOLOGI TIDAK MEMBANTU JIKA TIDAK ISTIQAMAH

Dari desktop ke laptop dan kini dengan iziNYA sudah mampu mencoret blog dengan Ipad2, namun masih gagal menghasilkan artikal yang bermanfaat secara konsisten. Istiqamah, disiplin diri, kemahuan yang tinggi dan disertai dengan kesabaran yang adalah perkara yang paling penting. Ini meliputi setiap amalan dan gerakerja dalam kehidupan seharian kita. Begitulah dalam beribadat, tidak semestinya orang yang mempunyai kemudahan kenderaan yang selesa akan selalu berjamaah di masjid. Dan yang pasti sekiranya seseorang itu telah mempunyai istiqmah dan kekuatan diri pasti tidak akan sanggup meninggalkan solat berjamaah biarpun hujan dan ribut, mereka akan tetap berjalan kaki ke masjid.

Leave a Reply