TAUBAT

Kita sebagai manusia sudah pasti sukar menghidari dosa, sama ada yang disedari atau tanpa disedari. Ubat yang paling mujarab ialah memohon keampunanNya. Sesungguhnya Allah MAHA PENGAMPUN. Biasanya surah yang dibaca dalam rakaat pertaman selepas al Fatihah ialah ayat 136 dan 136 surah an Nisa’. Turunnya ayat ini mempunyai kisah yang tersediri yang sedia kita maklum daripada para ulama’. Begitu juga bacaan ayat ke 110 surah al Imran pada rekaat kedua selepas bacaan surah al Fatihah yang disyor para ulamak. Hafal dan bacalah ayat tersebut apabila solat sunat taubat. Atau pun sekiranya belum menghafalnya bacalah surah al Kafirun dan al Ikhlas selepas alFatihah atau mana-mana ayat.
Solat sunat taubat merupakan pelengkap kepada permohonan keampunan dariNya. Laksanakanlah sekurang-kurang sekali dalam sehari apabila bangkit dari tidur. Adalah lebih cemerlang lagi ditambah lagi pada malam hari. PengampunanNya teramat penting, kerana dengan mendapat mengampunanNya peluang kita ke syurgaNya terbentang luas. Di samping itu doa orang suci bersih hati dari dosa akan makbul doanya. Maka, marilah kita amalkan solat sunat taubat secara istiqamah.

Susunan solat malam yang disyorkan APABILA BANGUN DARI TIDUR:
PILIHAN 1(1 1/2 jam)

Solat sunat wudhuk
Solat sunat taubat
solat sunat tasbih
Solat sunat Tahajud
Solat sunat hajat
Solat sunat witir

PILIHAN 2( 1 jam)
Solat sunat wudhuk
Solat sunat taubat
Solat sunat Tahajud
Solat sunat hajat
Solat sunat witir

PILIHAN (40 minit)
Solat sunat wudhuk
Solat sunat taubat
Solat sunat Tahajud
Solat sunat witir

Susunan amalan PILIHAN (40 minit), PILIHAN 2( 1 jam) dan PILIHAN 1(1 1/2 jam). Proses ‘upgrade’ secara istiqamah. Mulailah dari PILIHAN 3 sehingga mencapai pilihan 1 dan ditambah dengan amalan lain.JIKA INI KITA DAPAT AMALKAN SUDAH PASTI solat sunat sebelum Subuh (Ganjarannya dunia dan seisinya) tidak akan ketinggalan dan solat fardu Subuh berjamaah akan mengiringinya. Carilah kemanisan beramal malam.

Leave a Reply