Hari Tarwiyah

Alhamdulillah pada tahun ini dan tahun lepas, jemaah haji dapat melaksanakan sunnah dalam amalan haji. Pada sebelum ini, jemaah akan terus berangkat ke Arafah untuk berwukuf. Berdasar sunnah Rasul S.A.W, baginda bergerak ke Arafah dari Mina. Sekarang para jemaah haji berada di Mina dan akan bergerak ke Arafah untuk berwukuf. Wukuf di Arafah merupakan rukun haji yang tiada dalam ibadat umrah. Doa di Arafah merupakan tempat dan masa yang di antaranya dimakbulkan doa hambaNya. Kepada rakan dan kenalan yang mempunyai saudara dan rakan yang sedang menuju ke Arafah masih boleh membuat pesanan SMS dan sebagainya bagi memastikan mereka menyenarai secara bertulis doa-doa yang ingin dipohon semasa wukuf nanti supaya tidak tertinggal pada saat yang amat berharga itu. Kita di sini disunatkan berpuasa dan jemaah haji dituntut untuk beribadat dan memperbanyakkan doa, Kepada yang belum diberi kesempatan menunaikan rukun Islam yang ke 5, bedaftarlah dan pasanglah niat untuk ke sana dan akan melaksanakan ibadat haji yang terbaik dan mulailah persiapannya dari sekarang. Berdoalah secara istiqamah dan penuh yakin(husnuzzan) setiap kali selepas solat dan semasa qiamulai, insyaAllah PASTI Allah akan makbulkan. Dengan doa dan izinNya kami ke sana pada musim haji 1431H.Bersyukur kepadaNya kerana dapat berguru dengan ulama yang telah diizinNya menunaikan ibadat haji sebanyak 9 kali secara PERCUMA! Dan dapat menunai rukun Islam dengan bimbingan dengan guru yang juga seorang ulama terkenal yang sudah menunaikan ibadat haji melebihi 20 kali dan kini sedang berada di Mina . Jadilah doa sebagai hidangan kalbu dalam hidup kita. Berkat amalan yang ISTIQAMAH dan doa maka penulis “Travelog Haji” sekarang bermastautin di Madinah al Munawarah .Beramal dan berdoalah.

Leave a Reply