TARGET RAMADHAN !

Mendapat PUASA yang mabrur. PUASA untukNya, biar yang terbaik diterimaNya. Mengawal sepenuhnya pancaindera kerana anggota inilah di antara yang menyebabkan pahala PUASA berkurang, malah boleh membatalkan PUASA! Jika PUASA kita BATAL, maka apakah yang ingin kita persembahkan kepadaNya? Apakah PUASA yang mendapat hanya lapar dan dahaga yang ingin dipersembahkan kepadaNya! Diri kita sendiri berkeinginan untuk yang terbaik di antara yang terbaik! Apatah Lagi amalan yang ingin dipersembahkan untukNya dan memang PUASA untukNya!
Bertadabur al Quran sekurang sekali khatam. Bertadabur sebanyak ayat yang mungkin, mohon dimurahkan rexeki yang diringankan tangan untuk bersedekah semaksima mungkin terutama keluargaku para yang memerlukan. Berusaha untuk solat sunat semaksima mungkin. Solat sunat Terawih, rawatib, taubat,tasbih, hajat, tahajud , wuduk ,witir dan lainnya. Zikir sepanjang waktu. Berdoa sepanjang waktu untuk diri sendiri, keluarga dan orang lain. Sahur dan berbuka secara Sederhana. Zero bazar Ramadhan. Yang mengurangi pahala PUASA dijauhi dan merapati yang berpahala.

Leave a Reply