TARGET IBADAT

Setiap manusia yang waras semestinya mempunyai target( sejak akhir-akhir ini dinamakan dengan KPI). Orang miskin KPInya ialah supaya kehidupan mendatang lebih senang kalaupun tidak menjadi orang kaya. Bagi seorang pekerja KPInya mungkin menjadi pekerja yang cemerlang kalaupun tidak menjadi bos. Kalau memilih kereta KPInya kereta yang lebih mahal dan selesa dan sebagainya. Ada KPI jangka pendek dan jangka panjang.
Dalam kita beribadat bagaimana? adakah kita telah merancang KPInya. KPI harian, mingguan, bulanan, tahunan dan KPI di akhirat( KPI akhirat adalah mendapat syurgaNya). Bolehkah KPI harian kita secara satu persatu sehingga istiqamah. Kita mulai dengan KPI solat fardu Subuh berjemaah setiap hari. Kemudian solat witir setiap hari hingga istiqamah. Kemudian solat sunat taubat setiap hari sebelum solat witir di 1/3 malam. Kemudian solat tahajud sebelum solat witir. Kemudian solat dhuha. Untuk tadarus pilih ayat lazim yang mampu kita baca dan baca setiap hari hingga istiqamah. Kemudian tambah lagi setelah satu ibadat istiqamah. Untuk KPI minguan, kita mulai dengan puasa Isnin dan kemudian Isnin dan Khamis sehingga sebati(istiqamah). KPI bulanan dengan solat tasbih, awabbin, hajat dan sebagainya yang mampu kita laksana secara tetap(setiap bulan). Untuk KPI tahunan ialah khatam al Quran, kita tetapkan pada tahun ini berapa kali kita akan khatam dan pastikan ianya akan menjadi kebiasaan(istiqamah) setiap tahun. Selain amalan tersebut kita boleh tambah aksesori dalam ibadat seperti zikir, doa dan sebagainya. Jika semua KPI tersebut dapat kita laksakankan dengan istiqamah maka untuk mendapat rahmatNya bagi mencapai KPI akhirat rasanya tiada halangan lagi. Terokailah amalan harian, mingguan,bulanan dan tahunan yang menjadi sunnah Rasul SAW yang dapat kita jadi KPI ibadat kita.

Leave a Reply