TANPA ILMU KITA TERPEDAYA

Ilmu adalah pelengkap kepada ibadat. Ilmu memandu kita melaksanakan ibadat yang betul. Ilmu dapat mengelak kita dari melakukan perkara yang haram, dan makruh. Ilmu membolehkan kita membetul kesilapan orang lain dengan penuh berhemah. Ilmu memandu kita memilih mana permata dan mana kaca. Namun, kena ingat ilmu Allah itu Maha luas dan sempadanya ialah kematian. Sesiapa sahaja boleh bergaya sebagai orang berilmu, orang alim, orang yang berpengetahuan dalam agama melalui ucapanya, kata-katanya, malah melalui amalannya. Namun kebenaran kata-katanya hanya dapat dinilai oleh orang yang berilmu, ketepatan kata-katanya hanya dapat diakui oleh orang berilmu dan ketepatan secara zahir sesuatu amaan itu dapat dinilai oleh orang diberi ilmu olehNya. Kekarapan mengerjakan umrah dan haji merupa kelebihan yang Allah kurniaan kepada hambaNya, namun pengisian daripada ibadat tersebut mestilah selari. Kefahaman tentang sesuatu ibadat perlu dicungkil supaya sepadan dengan amalan kita. Contohnya- sepatutnya tidak lagi berlaku solat di waktu yang haram memandang kekerapan kita mengerjakan umrah! Tertil bacaan al Quran dalam solat sepatutnya sudah dikuasai (walaupun tidak berdosa jika membaca ayat tidak mengikut urutan), namun, ketidakkan kesedaran, dek ilmu ini membuat orang tertanya tentang keutamaan sesuatu amalan. Adakah perlu kerap ke Tanah Suci tanpa kesungguhan menambah ilmu agama. Persoalannya apakah semua penghuni Makkah itu akan masuk Syurga dan yang tidak mampu ke sana terhalang ke SyurgaNya? Sebenarnya bukan itu ukurannya. Tetapi amalan yang disertai dengan ilmu, mengamalkan ilmu serta IKHLAS mencari keredhaanNya.

Leave a Reply