TAMAN-TAMAN SYURGA

Sebelum kita ke syurgaNya, kita mesti melalui atau memasuki TamanNya dulu. Di dunia juga Allah menyediakan taman-taman syurga. Mereka yang mempunyai kemampuan bolehlah mengunjungi tamanNya di Raudah di masjid Nabawi (Madinah al munawarah). Allah MAHA Pengasih dengan menyediakan taman-taman syurga di mana-mana sahaja. Majlis ilmu dan zikir yang bertujuan membesarkanNya merupakan taman syurga di merata pelusuk bumiNya.
Sesetengahnya hadir ke taman syurgaNya apabila ada majlis yang besar-besar(grand) dan yang menyampaikan ilmu atau kuliah adalah ulamak atau Penceramah yang hebat dan ternama. Majlis ini biasa dihadiri oleh ramai orang terutama orang yang ternama juga. Masjid atau majlis ini melimpah ruah dan akan disiarkan live atau rakaman oleh media.
Namun, tidak ramai yang sudi hadir jika ceramah atau tazkirah disampaikan oleh ustaz atau pencerama biasa sahaja.Majlis ini biasanya dihadiri oleh orang biasa sahaja.
Diri kita bagaimana? Ingat ilmu tersebut sama ada besar atau kecil dan disampaikan oleh ulamak terkenal atau ustaz atau penceramah biasa, ianya tetap dinamakan taman-taman syurga. Kita janganlah menjadi orang yang memilih-milih, yang paling utama kita ingin berada di tamanNya sebelum masuk ke syurgaNya. Datanglah ke majlis ilmu tanpa Memilih-milih, dan niatkan bahawa kedatangan kita untuk mengambil ilmu dan mengamalkannya. InsyaAllah Allah akan memberi jalan untuk kita menjadi hambaNya yang istiqamah dan soleh.

Leave a Reply