TAMAN SYURGA

Mereka yang mempunyai kemampuan dan diizinkanNya boleh Raudhah atau Taman Syurga yang berada di dalam Masjid Nabawi, namun tidak semestinya berpeluang berada di dalamnya sepanjang masa.Berjuta muslim yang ingin berada di dalamnya.Adalah satu anugerah yang tidak ternilai seandai kita dapat berada setiap hari walaupun beberapa detik tertama pada musim haji.
KeadilanNya kepada hambaNya kadang kita tidak sedar dan ada yang langsung tidak menghargainya. Sebenarnya kita mampu berada di TamanNya setiap masa jika inginkannya dan berusaha mendapatkannya. Di antara Taman Syurga selain Raudhah ialah majlis zikir dan majlis ilmu. Majlis zikir dan ilmu tidak hanya berada di Masjid atau madrasah, malah boleh kita adakan di rumah kita. Sebagai contoh majlis ilmu bersama keluarga pada masa tertentu. Kita boleh kembangkan juga untuk orang lain seperti jiran, kenalan dan sahabai handai. Adakan kelas pengajian al Quran dan di samping diselitkan dengan fardu ain mengikut tahap keupayaan kita.
Untuk mencapai tahap keupayaan merupa satu problem bagi kebanyakan kita. Penyelesaianya amat mudah, iaitu dalamilah ilmu dalam diri kita kemudian bentuk majlis ilmu mengikut tahap kemampuan yang termampu. POKOK PERSOALAN UTAMA IALAH BERSEDIAKAN KITA MERENDAHKAN DIRI UNTUK MANGGALI ILMU AGAMA DARI TAHAP YANG PALING BAWAH? jika jawapanya ‘YA’,insyaAllahm kita akan sentiasa berada di TamanNya sebelum ke SyurgaNya. Sebelum kita memasuki rumah, kita hendaklah melalui halaman atau tamannya, begitulah Syurga sebelum kita memasukinya kita juga perlu berada di tamanNya yang Allah S.W.T sediakan sejak di dunia lagi. Begitulah MAHA PENGASIHNYA ALLAH.

Leave a Reply