TAKUT

Ketakutan merupakan perkara yang semulajadi bagi insan yang normal. Takut itu pelbagai iaitu takut kepada manusia, takut Jin atau syaitan, takut susah, takut kepada pemerintah, takut kepada ketua, takut mati, dan pelbagai-bagai jenis ketakutan yang kebanyakkannya tidak berasas berfokos kepada kepentingan diri. Semua ketakutan tersebut sebenar dapat dilenyapkan jika kita sebenarnya takut hanya kepada Allah. Ya hayyu ya qayyu Birohmatika astaghih aslihli kullahu wala takilni ila tarfata’ain ( Jangan Ada sekelip matapun kita merasakan setiap kejadian itu selain faripadaNya). Setengahnya takut kepada hantu syaitan, walhal di rumah sendiri. Kenapa? Sebagaimana kita sedia maklum bahawa syaitan amat takut dengn insan yang soleh. Orang soleh mengamalkan segala suruhanNya. Apabila kita mengamalkan segala suruhanNya, sudah pasti para syaitan tidak akan menghampiri kita dan keluarga kita dan apa yang menjadi milik kita. Yakinlah dan beramalah, jangan sampai ketakutan kita membawa syirik kepadaNya. Takutlah hanya kepada Allah.

Leave a Reply