TAKUT MATI

Mati merupakan satu kemestian. Bila? Hanya Allah sahaja yang MAHA MENGETAHUI. Kebanyakkan manusia menjangka Kematian masih lama lagi. Menganggap dan mengharapkan mati pada usia yang tua. Biar kehidupan susah dan nyanyuk, asalkan tidak mati sekarang. Apakah maknanya. Mustahil untuk terus hidup selamanya!. Jawapan yang lunak ialah belum bersedia untuk sebuah kematian dan yang agak Kasar ialah ketakutan menghadapi kematian!. Kenapa takut? Ketakutan sebenarnya disebabkan kita tidak bersedia untuk mati walaupun menyedari kematian pasti tiba pada bila-bila masa sahaja. Ketakutan kepada kematian tidak menjadi kesalahan seandainya dalam keadaan ketakutan kita bersedia menghadapinya dengan beramal sebaik, seikhlas dan semaksima mungkin. Itulah ketakutan yang sebenar, bukan takut mati kerana tiada persediaan dan menangguhkan persiapan
Untuk sebuah kematian.Bersedialah mulai hijrah 1435 ini. Atau kita jangkakan masih bernafas pada hijrah 1436 nanti!

Leave a Reply