Teksi KL – Janganlah Tamak

J2100 cuba dapatkan teksi dari Shopping Complex “PAVILION” ke hotel penginapan (P%N%N%), pemandu minta RM20.00(enggan gunakan meter) padahal tambang sepatutnya lebih kurang RM5.00 sahaja. Memang sikap tamak sesetengah pemandu teksi tidak pernah berubah. Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak berkuasa (khususnya JPJ) sejak awal 90-an lagi tetapi sikap ini masih berterusan. Perkara pokok yang perlu diberi perhatian ialah kesedaran beragama. Kejahilanlah yang menyebabkan sesetengah pemandu teksi menjadi tamak. Mereka merasa dengan pendapatan yang banyak akan memberi kecukupan dan kesenangan. Padahal bagi yang bertunjangkan agama, perkara yang perlu diberi perhatian ialah keberkatan daripada hasil pendapatan. Keberkatan datang dari rezeki yang halal. Kepuasan penumpang akan memberi restu dan doa kepada pemandu teksi. InsyaAllah dengan doa dan restu para penupang, insan pemandu teksi akan mendapat keberkatan dan kecukupan. Apabila ada keberkatan perjalanan hidup insan tersebut akan tenang dan sejahtera. Pendapatan yang lumayan tetapi dengan cemuhan dan tanpa restu sudah pasti insan yang tamak ini sentiasa merasa kesempitan dan ketidakcukupan. Insaflah walau saudaraku, cari rezeki yang halal sebanyak mana yang kamu inginkan dan berpeganglah kepada agama semoga kehidupanmu dan keluarga diberi keberkatan. Muhasabah dirimu apakah jiwamu menjadi tenang dengan kesempitan orang lain.

Leave a Reply