TAHNIAH HAJI / HAJJAH

Alhamdulillah semua amlan haji telah disempurnakan dengan baik, kita doakan semoga Allah terimanya sebagai HAJI MABRUR. Maklumat terkini ialah kumpulan pertama haji akan tiba di Tanah air pada hari ini. Semoga setiap amalan yang diamalkan di sana diistiqamahkan di sini nanti. Amalan solat berjemaah 40 waktu tanpa gagal semasa di Madinatul munawwarah dapat diterus dan disekalkan sehingga akhir hayat dengan 5 waktu berjemaah. Semasa di Makkatul mukarramah boleh dikata setiap malam, iaitu bermula seawal jam 2 atau 3 pagi kita sudah berkejar ke Masjidil Haram atau masjid Nabawi untuk qiamulai sehinggalah masuknya waktu solat fardu subuh. Biasanya kebanyakkan jemaah akan mengisi qiamulai dengan pelbagai solat sunat dengan penutupnya solat witir. Teruskanlah amalan tersebut apabila kembali ke Tanah air nanti. Beramal di Tanah air banyak cabaran,namun kita yakin dengan kemabruran haji yang dianugerahi kepada hambaNya membantu memudahkan para haji dan hajjah mengusir setiap halangan tersebut untuk mengekalkan kemabruran haji. Mudahan dengan kepulangan haji yang mabrur diharap jemaah masjid akan dan surau akan bertambah serta keluarga-keluarga para haji dan hajjah ini akan meningkat kehidupan cara Islam di dalam keluarga.Mari kita doakan untuk diri sendiri, para haji dan hajjah serta semua kembali kepada amalan Islam yang sebenar.

Leave a Reply