SYARAT SAH SOLAT

Betul bacaan(tajwid), faham maksudnya(pandai bahasa Arab) atau ada sijil/ijazah berkaitan agama dari negara Arab, apakah itu syaratnya? Kalaulah itu adalah sah solat bermakna semua mukmin yang lahir, bercakap dan belajar  di negara-negara Arab adalah sah solatnya.

Bagaimana dengan kita orang ajan(bukan Arab) tidak sahkah?

Cuba kita perhatikan syarat-syarat sah solat, adakah dinyatakan seperti di atas? Sudah tentu tidak sama sekali. Kesempunaan solat bergantung kepada KEHADIRAN hati kita semasa mengadap Allah swt dengan melaksanakan semua rukunnya dengan sempurna. Sila pastikan rukun solat ditepati dengan mendalaminya secara bersungguh-sungguh  sama ada rukun pada bacaan atau perbuatannya. Seterus hendaklah disertai dengan kehadiran jiwa dan  jasad semasa berdepan denganNya( Kita hendaklah menyedari bahasa semasa kita melaksanakan solat kita berdepan dengan Allah SWT. Kita memang tidak melihatNya namun Dia melihat kita dan menjawab setiap bacaan ayat surah al Fatihah. Apakah jasad dan jiwa kita akan menerawang ke tempat lain sedangkan kita sedang berdepan denganNya.  Carilah jawapannya untuk diri sendiri.

Leave a Reply