SYAHID ITU BALASANNYA SYURGA

Sekarang untuk mendapat syahid bukan suatu yang mudah. Ianya mempunyai syarat-syarat tertentu yang memboleh seorang pejuang agamaNya mendapat syahid. Namun tidak ramai yang menyanggupinua. Sedang untuk mempertahan kesucian Islampun ramai yang tidak sanggup. Ramai tidak berani ke hadapan atau berada di barisan hadapan bagi mempertahan Islam. Ramai yang takut dengan ujian yang sedikit jika dibandingkan dengan perjuangan para suhada. Ketahuilah bahawa manisnya ujian dalam perjuangan dan yang paling manis ialah mati syahid dalam perjuangan. Namun tanpa keikhlasan dalam perjuangan menyebabkan ujian menjadi pahit. Sebenarnya ujian pejuang kita tidaklah seberapa, jarang yang kebuluran kerana perjuangan! Sekadar dikurung ditirai besi apalah sangat dibandingkan dengan ganjaran yang Allah sediakan yang kekal abadi berbanding ujian-ujian yang tidak seberapa ini yang hanya sementara. Kesengsaraan ujian dunia akan berakhir dengan kematian, namun nikmat dan kesengsaraan di akhirat adalah kekal abadi. Semoga Allah kurniakan kekuatan untuk pejuang agamaNya.

Leave a Reply