SYAABAN

Di setengah tempat khususnya di negeri di Bawah Bayu(SABAH), bulan ini dipanggil bulan arwah. Waris-waris yang akan mengadakan majlis tahlil yang dipanggil kenduri arwah. Tetamu yang hadir akan dijamu setelah bacaan tahlil selesai diadakan. Para ulama berbeza pendapat tentang majlis arwah. Namun, mahu tidak mahu menjadi kewajipan kepada kita apabila dijemput ke majlis. Apabila hadir, maka berniatlah untuk mengeratkan salitrahim dengan saudara mara atau jiran tetangga. Ini sahaja kesempatan yang ada untuk saling menziarahi antara satu sama lain kerana masing-masing sibuk dengan urusan masing(ingatlah ziarah menziarah merupakan satu sunnah yang digalakkan). Hadirlah dengan penuh ikhlas dan jika majlis tahlil diadakan, ikutlah dengan seikhlas hati dan anggapan zikir-zikir yang dibaca merupakan aksesori ibadat kita pada hari tersebut. Moga iainya diterimaNya sebagai amalan soleh untuk kita dan tuan rumah. Elakkan dari berbual kosong kecuali bertanya khabar jika ada kesempatan dengan tuan rumah atau sesama tetamu yang hadir. Bacalah doa yang selalu diamalkan oleh Nabi S.A.W apabila baginda berada di dalam sesuatu majlis supaya majlis diberkati. Kepada tuan rumah elakkan dari membazir dan berhutang semata-mata untuk mengadakan majlis ini. Sentiasan mendoakan si mati dalam semua masa terutama kita sebagai anak atau saudara yang kita kasihi.

Leave a Reply