SUSAHNYA MELAKSANAKAN PERKARA SUNAT WALAUPUN DI BULAN YANG DITUNTUT MEMPERBANYAKKAN AMALAN.

Mengungkapnya memang mudah. Mempelajari melalui pelbagai cara biasany akan menjelmakan niat di hati untuk mengamalkannya memang tersirat. Namun untuk melaksanakan secara realitinya amat payah. Di bulan yang penuh maghfirah ini kita dituntut supaya MEMPERBANYAKKAN amalan yang sunat sebagai aksesori kepada yang wajib. Amalan wajib Ada aksesorinya, iaitu perkara-perkara sunat. Amalan sunat lebih sempurna jika laksanakan perkara sunat di dalam amalan sunat tersebut. Amalan sunat yang menjadi keutamaan oleh semua muslimin pada bulan Ramadhan ialah solat Terawih. Walaupun solat itu sunat tetapi ianya juga seperti yang fardu mempunyai rukun dan bukan rukun (perkara sunat). Bukan sedikit imam yang mengimani solat Terawih hanya mementingkan perkara yang rukun sahaja semasa bersolat Terawih. Entah sibuk atau ada yang lebih penting sehingga terkejar-kejar semasa bersolat Terawih. Al Fatihahnya kadang-kadang senafas sahaja., tanpa mempedulikan bahawa setiap ayat yang dilafazkan dalam surah Al Fatihah akan dijawab oleh Allah.contohnya apabila kita melafazkan ‘aAlha,dulliahi rrabil ‘alami’ Allah Akan menjawabnya’ Hamadani ‘abdi(hambaKu memujiKu) can seterusnya sehingga akhir. Tumaninnah yang merupakan rukun solat kadang-kadang dilaksanakan ala kadar sahaja seperti semasa ‘itidal’ dan duduk antara dua sujud dilaksanakan DENGAN pantas. Bacaan- bacaan semasa rukuk dan sujud sering dikesampingkan, apalagi tahiyat dibancangkan seringkas-ringkasnya dan doa semasa MEMBERI Salam ke kiri dan kanan kebanyakan dibiarkan terus. SEPATUTNYA perkara-perkara kita Cuba amalkan sebagai latihan apabila kita melaksanakan solat fardu ia akan menjadi suatu yang biasa dan kita akan istiqamah DENGANnya. Dalam amalan sunat lain kita bincang kemudian insyaAllah .

Leave a Reply