SUSAHNYA JIKA TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH

Susahnya untuk hadir solat berjemaah yang hanya memakan masa beberapa minit sahaja!
Susahnya untuk bangun malam untuk solat tahajud dan witir yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja!
Susahnya melafazkan zikir pagi dan petang walaupun hanya memerlukan beberapa minit sahaja!
Susahnya untuk sentiasa istiqamah berdoa dalam keadaan spotan untuk setiap pergerakkan dan perbuatan walaupun hanya untuk beberapa saat atau minit sahaja bagi setiap doa!
Susahnya untuk melaksanakan puasa sunat walaupun untuk sehari dua sahaja dalam sebulan atau seminggu!
Susahnya untuk mendoa orang lain walau kita tahu doa itu akan kembali kepada kita!
Susahnya untuk melaksana solat-solat sunat yang muakah yang peruntukan masanya hanya beberapa mininit sahaja!
semua susah jika kita tidak bersungguh-sungguh!
semuanya senang dan nikmat jika kita bersungguh-sungguh!
MARILAH KITA BERSUNGGUH-SUNGGUH.

Leave a Reply