SURAU TEMPATKU

Baru kembali dari kampung, terus meninjau surau di Taman tempat tinggalku. Ingin melihat kesan ibadat puasa sebulan bagi jemaah Surau ini. Solat isyaknya situasinya sama seperti sebelum Ramadhan.Mengintai beberapa individu yang tidak tinggal 23 rakat solat sunah Terawih dan witir. Apakah masih hadir untuk hanya 4 rakaat Isyak. Kecewa juga kerana individu yang dicari tidak muncul. Hanya muka yang sama seperti sebelum puasa masih memenuhi saf-saf solat isyak. Nikmatnya apa? Tidak mahukah kita bersyukur kerana kita antara Allah pilih berada dalam saf solat berjamaah di Surau atau masjid walaupun Ramadhan telah berlalu. Tidak mahukah kita mulakan lembaran baru mengamalkan setiap amalan secara istiqamah. Hamba yang istiqamah lebih tinggi darjatnya dari keramat. Bayangkan betapa sukarnya untuk mengamalkan doa-doa harian yang nampak biasa-biasa sahaja seperti masuk dan keluar tandas, namun, kita akan meresa nikmatnya apabila kita berjaya melaksanakan secara istiqamah. Apa lagi jika kita dapat laksanakan amalan wajib secara istiqamah. Mohonlah kepadaNya dan berusahalah untuk mengamalkannya.

Leave a Reply