SUNYIKAH BILA ANDA BERSEDIRIAN?

Sekarang awsk berdua saja, tak sunyikah? Itulah di antara pertanyaan apabila ketemu saudara mara atau rakan taulan! Soalan ini biasanya dituju kepada kenalan yang tinggal bersendiri, yang mana yang bertanya mengetahui orang yang ditanya tidak mempunysi teman disebabkan tidak mempunyai zuriat atau ada seorang sahaja atau tinggal berjauhan. Tidakkah kita menyedari bahawa teman sesama manusia tidak akan, dan akan berpisah jua disebabkan urusan keduniaan atau dipanggilNya. Teman sesama manusia adakalanya kita gembira dengannya, ada kala kita sedih kerananya, ada kala kita kecewa kerana, ada kala kita menyampah kerananya dan begitulah sebaliknya( vise verse). Hakikat sebenar kita tidak sesekali akan merasai kesunyian jika kita menyedari bahawa kita sentiasa ditemaniNya. Apa kita menyedari kita sentiasa ditemanNya , maka sebenarnya kita lebih suka berada bersendirian supaya kita dapat menggunakan sepenuh masa untuk berkomunikasi denganNya! Kita berkomunikasi melalui solat, zikir, memohon(berdoa), menbentangkan bacaan kalamnya, bersedekah keranaNya(amalan yang dituntutNya, bermunajat, menghayati kebesaranNya dan sebagainya tanpa sebarang gangguan. Orang yang sunyi sebenarnya orang yang sentiasa dikelilingan ramai manusia tapi tidak menyedari teman sejati iaitu Allah yang MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG berbanding dengan manusia yang kasih sayang berbagi dan tidak kekal. Kesunyian tidak sekali-kali akan dirasai apabila kita ingat bahawa Allah sentiasa bersama kita setiap detik, maka berinteraksilah denganNya setiap detik dan saat. Hilangkan kesunyian dengan mengingatiNya. Apabila orang membuat Pertanyaan seperti di awal catatan ini menunjukkan ia tidak menyedari bahawa Allah sentiasa ada bersamanya.apabila kita berkomunikasi denganNya melalui solat, ketenanganlah yang menjelma dan kita ingin terus solat dan solat tanpa gangguan manusia! Sekadar contoh. Begitu juga dengan bentuk komunikaxi lain sebagaimana disarankan sebelum ini. Harap anda tidak sunyi lagi!!!!

Leave a Reply