SUNNAH – MARI BERUSAHA MELAKSANANYA SECARA TOTAL

Sunnah adalah amalan yang diamalkan oleh Rasul S.A.W. Ribuan hadis yang menyatakan amalan Nabi Muhammad S.A.W dan umatnya ditekankan supaya melaksanakan dengan penjelasan tentang fadhilat dan ganjarannya. Alhamdulillah hari ini 10 Muharram si antara beberapa hadis sahih Muslim Dari Abu Hurairah R.A dia berkata,”Rasulullah s.a.w bersabda, puasa yang paling mulia setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Muharram, dan solat yang paling utama adalah solat malam”. Hari ini ramai umatnya melaksanakan puasa hari Assyura’. Massage melalui blog, FB, tweeter, sms dan sebagainya bercerita dan mengesyor agar tidak melepas peluang berpuasa pada hari ini. Jika ditanya kenapa harus berpuasa? rata-rata menyatakan ialah adalah sunnah di samping terdapat banyak fadhilatnya!.
Persoalannya kenapa kita beribadat secara terpilih? adakah sunnah yang boleh diabaikan begitu sahaja sedangkan ianya juga amalan rasul s.a.w yang tidak kurangnya hebat fadhilatnya? Sebenarnya amalan setengah-setengah inilah menyebabkan umat Islam lemah. Apa tidaknya seolah-olah kita yakin dan tidak yakin! Begitu juga dengan FirmanNYa, kita ambil sebahagian dan meninggal sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita! Inilah puncanya umat Islam senang diperkotak-katikkan. Jika kita berjaya melaksanakan ibadat puasa sunat Muharram dan hari Arafah kerana itulah sunnnahnya! bagaimana sunnah puasa Isnin dan Khamis, puasa Nabi Daud A.S, bagaimana dengan puasa enam hari bulan Syawal, bagaimana dengan puasa tiga hari putih? tidakkah itu sunnahnya? Solat fardu berjemaah di masjid merupakan sunnahnya. Namun kita rajin solat berjemaah untuk beberapa waktu sahaja seperti Fardu Isya’ atau Maghrib atau Subuh. Kenapa kita tidak memastikan solat berjemaah untuk 5 waktu secara istiqamah kerana itu adalah sunnahnya.Kita boleh melaksanakan solat sunnat rawatib qabliah dan ba’diah tetapi kenapa kita abaikansolat sunat lain yang juga sunnahnya seperti solat malam, tasbih, taubat, wuduk, dhuha dan banyak lagi. Ramai yang memandang remeh dengan melaksanakan mengikut ‘mood’. Kita rajin berzikir selepas solat fardu tapi kita kesampingkan zikir-zikir hari yang menjadi sunnahnya. Kita boleh bertadarus al Quran pada bulan Ramadhan! namun kita gagal mengistiqamah secara harian walaupun satu ayat. Kita berakhlak dan bersopan satun pada masa tertentu tapi sebaliknya di tempat lain seperti di jalan raya da di tempat awam atau tempat sunyi. Banyak lagi sunnah yang perlu kita laksanakan secara total sebagai amalan kita hari ini.

Leave a Reply