SUNNAH BERPAKAIN

Berpakaian mengikut sunnah menampakkan keprihatinan terhadap agama adalah di antara amalan yang terbaik, namun, sunnah-sunnah lain juga perlu seiring. Apabila berpakaian yang demikian, hendaknya bersegeraLah solat berjamaah apabila azan berkumandang, solatnya di awal waktu, zikirnya lebih banyak dari berbual kosong, sempurnakan situasi selepas solat sehingga imam meninggalkan tempat solatnya jika tiada urusan yang terdesak, biasakan solat rawatib dan solat sunat lainnya, nasihatlah keluarga terdekat dalam hal menutup aurat,sentiasa tingkatkan amaln fardu ain agar sentiasa bersedia ke depan jika keadaan terdesak dan banyak lagi amalan yang perlu seiring dengan jubah, kopiah dan songkok. Biarlah yang di luar seiring dengan di dalam. Mudahan Allah memudahkan kita mengamalkan semua suruhan dan sunnah RasulNya.

Leave a Reply