SUKARNYA MENERIMA TAUFIK DAN HIDAYAH!

Semalam di sebuah masjid khatib berdegar-degar menekankan tentang erti kemerdekaan sebenar bagi seorang muslim di hadapa lebih 200 orang jemaah sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 61. Kemerdekaan sebenar ialah di antaranya membebaskan belegu tali syaitan yang mengikat kita untuk bangun untuk solat fardu Subuh di masjid! Nah! pada pagi berikutnya tidak seorang pun yang di kalangan jemaah yang mendengar khutbah Jumaat itu berjaya hadir untuk menunaikan solat fardu Subuh berjemaah! Orang yang memakmurkan solat fardu Subuh pada pagi berikutnya adalah orang yang sama yang telah istiqamah sebelum khutbat tersebut di sampaikan! Ini menjelaskan betapa sukarnya untuk dikurniakan taufaik dan hidayanNya! Maka, banyakkan bersyukur kepadaNya kerana memilih kita di antara insan yang terlalu ramai untuk menyahut seruan berjemaah di masjid dan kita doanya mereka yang belum dapat melepaskan diri dari kemerdekaan sebenar akan suatu masa yang terdekat nanti Allah juga kurniakan taufik serta hidayahNya.

Leave a Reply