SUKARNYA MELAWAN UJIAN NI’ MAT!

Nikmat melibatkan kekayaan, kesihatan,kelapangan,keselesahan,kesedapan dan segala-galanya yang sememang disukai oleh semua manusia yang waras. Apabila ujian ni’ mat ini kita perolehi atau kita dapati atau kita alami atau kita lalui selalunya akan menyebabkan kita tewas! Tewas dalam istiqamah dalam mengamal suruhannya terutama dalam amalan pelengkap kepada amalan yang diwajibkan itu amalan-amalan sunat yang menjadi sunnah. Amalan solat sunat misalnya agak terhad kerana sibuk ke sana sini untuk pelbagai urusan disebabkan kemudahan dan kelapangan yang dikurniaiNya kepada kita. Kesihatan dengan deria rasa yang baik dengan keupayaan mendapatkanya menyebab kita mengutamakan selera nafsu makan berbanding untuk mengamalkan puasa sunat yang terpaksa membuang ni’ mat tersebut . Begitu juga dengan amalan lain yang akan terhenti atau tergendala akibat ujian ni’ mat tersebut. Sesungguhnya mereka yang berjaya melawan ujian ni’ mat dunia yang sementara itu sudah pasti akan dikurniai nikmat yang hakiki ( yang sebenar-benar) di dunia dan akhirat. Nikmat di dunia ialah nikmat kemanisan dalam beribadat, manakala nikmat di akhirat ialah JannahNya. Pilihlah!

Leave a Reply