SUKARNYA BERAMAL DI WAKTU LAPANG!

Enaknya tidur di hujung minggu kerana tidak perlu berkejar ke tempat kerja, kadang solat fardu Subuh berjemaah pun ter”missed” . Berbanding hari bekerja yang terpaksa bangun lebih awal dan kadang dapat hadir solat berjemaah di masjid. Kalau pun hadir berjemaah selepas solat fardu Subuh, kadang-kadang bergegas pulang untuk bersarapan, atau ke pasar atau beriadah atau minum dengan kawan-kawan !  Tak sempatpun untuk zikir pagi dan petang atau bertadarus seayat- dua!Sedangkan di hari biasa kita sempat berzikir pagi dalam perjalanan ke tempat kerja atau bertadarus di samping CD atau zikir-zikir lain. Solat Zohornya tepat supaya tidak terlewat menyambung kerja. Kesibukan yang disengajakan di waktu cuti, kadang-kadang terlewat solat fardu Zohor, apatah lagi untuk berjemaah! Petang dan malam di hari cuti lain lagi ceritanya, berbanding hari kerja kita akan rehat seketika di masjid sambil menunggu solat fardu Isyak dengan bacaan al Quran atau mendengar kuliah maghrib!. Kadang-kadang waktu lapang amat sukar beribadat berbanding waktu sibuk. Moga kita berusaha supaya kita dapat melipat gandakan ibadat di waktu lapang berbanding di waktu sibuk.

Leave a Reply