SUKAR?

Apabila bermusafir atau melangkah keluar dari kediaman kita, pastinya kita akan bertemu dengan kesukaran yang pelbagai tahap. Namun dengan izinNya berdasar amalan kita yang telah laksanakan secara ISTIQAMAH maka sudah pasti semuanya dapat dilaksanakan dengan mudah. Ruang masa akan tersedia untuk kita laksanakan semua amalan kita walaupun sukar pasti Allah akan permudahkan jika memang itulah keinginan kita. Qiamulai walaupun sekejab sudah memadai dalam keadaan sukar, Solat Dhuha pasti terlaksana, tadarus dan zikir akan menjadi terlalu senang dengan iziNya dan jika itulah amalan yang ingin kita ISTIQAMAHkan. Tiada yang sukar, jika itulah anggapan kita sebagai hambaNya. Tidak SUKARKAN?
PUTRAJAYA KL 9 Jun 2013

Leave a Reply