SUDAHKAH?

Sudahkah sepanjang hidup kita sekitar 50 hingga 70 tahun khatam terjemahan ayat-ayatNya( yang berjumlah 6000 ayat lebih – kita terjemaahannya lebih kurang 1000 muka surat)Kalaupun tidak khatam tafsir ayatNya( 9 jilih – lebih kurang 8000 muka surat). Cuba anggarkan sudah berapa ribu buku, majalah, artikel, catatan di Facebook dan sebagainya yang telah kita baca dibandingkan dengan hanya 1000 muka surat hanya sekurang-kurang sekali seumur hidup( jika membaca beberapa ayat dalam sehari ianya hanya mengambil masa 3 hingga 6 bulan sahaja). Marilah kita berazam untuk khatam terjemahan sekurang-kurang sekali dalam seumur kita dan juga berusaha khatam tafsir ayatNya sekali dalam seumur hidup kita. Apabila kita cuba khatam seluruh ayatNya ianya menandakan kita menghayati semua firmanNya bukan sekadar tadarus tetapi tadabur untuk menghayati apa yang Allah ingin nyatakan dan apa Allah perintahkan kepada hambaNya. Ianya sebagai tanda cinta kita kepadaNya.Semuanya pasti akan berjaya jika kita bersungguh-sungguh!

Leave a Reply