SUDAH CUKUPKAH AMALAN KITA UNTUK HADIR DI HARI AKHIRAT

Solat lima waktu tidak kita tinggal. Cuma tidak di awal waktu untuk lima waktu dan setiap hari. Cuma sekali berjemaah di masjid atau surau. Cuma bacaan yang rukun sahaja dan sekali ditambahkan bacaan yang disunatkan.Cuma solat sunat sekali sekali apabila solat di masjid atau di surau, di rumah tak terlaksana walaupun keinginannya ada. Puasa seperti biasa dengan tidak makan dan minum dan ditambah amalan sunat sekali sekali. Puasa sunat pada hari tertentu seperti 1 Muharram atau 9 Zulhijah, atau puasa enam pada bulan Syawal. Puasa Isnin dan Khamis atau puasa nabi Daud A.S beranggapan untuk para solehin sahaja, kenapa kita terfikir kenapa orang sudah solehin masih menggandakan amalan mereka sedangkan kita merasai amalan kita sudah memadai. Sedekah kita sekali sekali iaitu ketika hadir solat Jumaat atau apabila terserempak dengan situasi yang memaksa kita bersedekah. Tadarus kita rasa sudah mencukupi dengan bacaan surah Yassin pada malam Jummaat atau sekali sekala apabila kita hadir ke masjid aatu masa lapang sekali-sekala sahaja. Kita kadang-kadang sahaja berdoa dan berzikir kerana beranggapan ianya bukan rukun yang difardukan. Tidakkah terfikir kita kenapa Rasulullah SAW mengamalkan secara istiqamah walaupun baginda sudah terjamin syurgaNya?. Tidak terfikirkah kenapa para alim ulama yang memang terkenal kealimannya menjadikan zikir dan doa sebagai amalan yang dilaksanakan secara istiqamah? Tidak perlukah kira beramal sebagaimana diamalkan oleh Rasul SAW atau para solehin? Rasa cukupkah amalan kita sekiranya kita dipanggilnya sekarang? Sedangkan kita merancang untuk melaksanakan esok, minggu depan, bulan depan, tahun hadapan atau nanti kita tua nanti. Tidak mahukah kita mulakan sekarang satu persatu amalan Rasul SAW atau solehin? Namun apa yang kita perhatikan kita sentiasa rasa tidak cukup dalam mencari kesenangan dunia! Ramai yang begini dan terlalu sedikit yang merasakan terlalu sedikit amalannya untuk meraih syurgaNya. Masukkan diri kita ke dalam golongan yang sedikit. Paksalah diri untuk meraih kemanisan amalan.

Leave a Reply