SUASANA 11 RAMADHAN!

Hari ini sudah masuk 11 Ramadhan 1437. Jemaah terawih semakin berkurang dan di sesetengah tempat agak kritikal jika dibandingkan dengan masih awal Ramadhan! Namun, bazar( bazir?) Ramadhan terus rancak. Amalan individu entah bagaimana? Meningkat? Mendatar? Menurun? Tiga situasi ini pasti berlaku pada setiap diri kita. Menyedihkan jika amalan menurun! Tidak baik jika terus mendatar! Dan yang terbaik terus melakukan peningkatan walaupun sedikit!
Aspek perlu dijaga ialah
Pasti sepanjang menjalan ibadat ini kita pastikan tiada perlakuan yang menyebabkab pahala kita berkurang.
Pastikan amalan- amalan yang menyempunakan ibadat terus kekal malah sentiasa ada penambahan atau nilai tambah seperti tadarus,tadabbur, zikir, sedekah dan sebagainya.
Sentiasa bermuhasabah agar hari ini lebih baik dari semalam dan merancang agar esok akan lebih baik dari hari ini. SELAMAT MENGEJAR PUASA YANG MABRUR untukNya.

Leave a Reply