SOMBONGKAH ORANG ALIM?

Kehidupan orang soleh agak berbeza dengan kehidupan kita orang awam. Kita banyak masa untuk berbicara dalam semua isu terutama dunia dan sekali sekala akhirat. Kita bebas dan mempunyai masa untuk ke mana sahaja destinasi yang disukai. Namun, bagi orang soleh tidak demikian. Orang soleh lebih gemar menyendiri, bercakap apabila perlu, menjawab apabila ditanya dan ‘power’ apabila berada dalam majlis zikir. Kenapa demikian? Sebenarnya bukanlah suatu yang diingini sebenarnya bersifat sedemikian! Ianya mempunyai sebab yang orang yang soleh sahaja memahaminya. Sebab itu orang yang memahaminya tidak mengganggu kehidupan orang soleh kecuali ada keperluan ilmu atau nasihat daripadanya. Untuk memahaminya kita perlu melihat apakah ciri-ciri orang soleh? Di antara:
a. Banyak solatnya sunatnya selain solat yang difardukan. JADI banyak masa yang perlu dihabiskan untuk melaksanakan sunnah yang dituntut ini.
b. Banyak menghafal al Quran. Menghafalkan suatu perkara yang tidaklah rumit sangat namun untuk mengekalkan hafalan tersebut amat sukar. Para solehan akan sentiasa mempertahankan hafalan dengan mengamalkan amalan sepanjang masa supaya tidak liput di kalbu apa yang telah Allah anugerahi kepadanya.setiap detik digunakan untuk tersebut. Sebagai perbandingannya, apakah kita mampu menghafal surah-surah ringkas yang kita orang biasa hafal jika sudah lama kita tidak membaca dan menghafalnya? Sebagai contohnya surah attin yang pendek, jika kita tidak membacanya untuk beberapa ketika, apabila kita menghafalnya kembali kadang tunggang terbalik ! Apatah lagi surah yang panjang.
c. Zikir-zikir dan banyak doa-doa yang menjadi amalan para solehin ini perlu mereka amalkan secara istiqamah. Ini diisi dalam setiap masa supaya sentiasa sebati.
d. Banyak lagi amalan yang mereka perlu amalkan secara istiqamah demi meraih redhaNya sehingga dipanggilNya sebagai hambaNya yang bertaqwa. Dalamilah bagaimana kehidupan orang soleh dan cubalah ikut secara berdikit sehingga supaya kita dianugerahiNya menjadi juga orang soleh. Bercita-citalah moga kita menjadi yang soleh.

Leave a Reply