SOLAT WAKTU MUSAFIR KENA LAKSA NAKAN YANG TERBAIK!

Solat itu satu kefarduan. Maka dalam keadaan bagaimanapun kita sentiasa laksanakan yang terbaik. Dalam keadaan kita sedang melaksana sesuatu urusan apapun atau dalam keadaan musafir solat adalah yang utama, manakala urusan yang lain berada tempat yang kedua. Sesungguhnya tidak akan menjejaskan apa-apapun jika ambil masa 5 – 10 minit yang kita dirikan solat dengan sempurna. Kita rancang masa dengan teliti terutama dalam perjalanan yang memerlukan kita menggunakan pengangkutan awam.
Kelonggaran yang dikurniakan untuk hambaNya bermusafir seperti kemudahan untuk menjamak dan menqasarkan solat fardu tidak sesekali membenarkan melaksanakan solat secara sambil lewa. Sebalik hendaklah kita dirikan sebagai kita laksanakan semasa bermastautin. Semoga Allah kurniakan kekuatan dan idtiqamah dalam ibadat kita samada dalam aspek kuantiti dan kualiti walau dalam apa situasi sekalipun.

KLIA otw to leluhur

Leave a Reply