Solat Terawih

Syukur dengan kebesaran Ilahi, kita diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan setiap tahun. Sebahagian ulama menaksirkan sebagai bulan pemabaharuan iman. Khasnya bagi kaum muslimin yang tidak mempunyai masa!? untuk melaksana ibadat terutama fardu kifayah dan yang sunat-sunat. Dengan kedatangan Ramadhan almubarak ini, kita dapat melihat peningkatan dalam penghayatan beragama. Di antaranya:

i. Ramai yang berpuasa dapat mengawal diri dari melakukan dosa-dosa, khususnya dosa kecil seperti menjaga pandangan, mengawal tutur kata, dapat mengurangkan sifat pemarah dan sebagainya.

ii. Bagi yang jarang-jarang ke masjid atau ada yang tidak pernah hadir langsung kecuali solat Jumaat, sudah mula berjinak dengan masjid, walau tidak sepenuhnya. Malah ada yang mengalahkan Jemaah tetap masjid atau surau dengan melaksanakan solat sebanyak 20 rakaat dan witir tanpa mangkir walau semalam pun. Ini banyak berlaku walau selepas itu walhasil balik asal. tetapi hikmah Allah mengadakan bulan Ramadhan memang terserlah. Paling tidak mereka akan datang solat pada hari raya idil fitri. Bayangkan sekiranya Allah tiadakan  bulan puasa dan hari raya. Ada kemungkinan ada di kalangan umat Islam yang tidak akan menjejaki masjid.

Hikmahnya pada setiap tahun ada muslimin yang betul berhijrah selepas bulan Ramadhan, cuma kita harapkan kualiti dan kuantitinya bertambah. wallahu’alam

Leave a Reply