SOLAT TERAWIH ITU SUNAT NAMUN IANYA TETAP SOLAT KEPADANYA!

Jika kita solat fardu kita laksanakan sesempurna yang mungkin untuk mendapat ganjaranNya apakah solat sunat kita tidak lakasana sesempurna mungkin? Sudah semestinya cara solat fardu dan sunat adalah kena 100 % sama. Amat menyedihkah apabila menjadi makmum kepada imam solat yang seolah-olah sedang mengejar sesuatu! Hayatilah Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam,
مَنْ حَافَظَ عَلَى الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ عَلَى وُضُوئِهَا وَمَوَاقِيتِهَا وَرُكُوعِهَا وَسُجُودِهَا يَرَاهَا حَقًّا عَلَيْهِ حُرِّمَ عَلَى النَّارِ
“Barang siapa menjaga solat lima waktu, menjaga wudhunya, menjaga waktu-waktunya, menjaga rukuk-rukuknya, dan menjaga sujud-sujudnya, yakin bahwa solat adalah hak Allah Subhanahu wata’ala atasnya, dia diharamkan dari neraka.”
(HR. Ahmad no. 17882 dari Hanzhalah al-Asadi radhiyallahu ‘anhu)

Leave a Reply