SOLAT SUNAT , YANG MANA KITA SUDAH BERJAYA LAKSANAKAN DENGAN ISTIQAMAH?

Banyak solat sunat sama ada muakad dan bukan muakad yang menjadi amalan para solehin. Manakah solat sunat yang kita telah berjaya laksanakan secara istiqamah? Bagaimana dengan solat sunat witir?Boleh 11.9,7,5,3 atau 1 rekaat!, boleh selepas solat fardu Isya’ atau 3/4 malam atau 1/4 malam atau sebelum subuh!.Bagaimana solat sunat tahajud? boleh 2 rekaat atau lebih(ikut kemampuan)! Boleh selepas solat fardu isya’, 3/4 malam atau 1/3 malam sebelum witir dan yang penting kena tidur sejenak dan sebaik bangun dari tidur maka bolehlah solat tahajud! Bagaiamana dengan solat sunat dhuha? boleh di dirikan bila-bila masa kira-kira 30 minit selepas waktu syuruk sehingga sebelum waktu fardu Zohor! boleh 8,6,4 atau 2 rekaat! Boleh dilaksanakan di mana-mana asalkan tempat yang bersih! Bagaimana dengan solat sunat wuduk? Boleh didirikan sepanjang masa termasuk waktu diharamkan solat, yang penting hendaklah didirikan sebaik sahaja selesai berwuduk! hanya 2 rekaat! Peluang istimewa kita boleh mengadapNya walaupun waktu diharamkan! Bagaimana dengan solat sunat taubat? rakaatnya 2 sahaja! boleh dilakukan bila-bila masa sahaja kecuali waktu yang diharamkan solat! sekurang-kurangnya di awal pagi dan sebelum tidur! Bagaimana dengan solat rawatib? solat sunat fajar atau sunat sebelum solat Fardu Subuh (ganjarannya satu dunia dan seisinya)! 2 rakaat sahaja! solat sunat rawatib lain bagaimana? sudah berapa solat sunat rawatib yang kita berjaya laksanakan secara istiqamah terutama yang muakad(2 sebelum subuh, 2 sebelum dan 2 selepas fardu Zohor, 2 selepas fardu Maghrib dan 2 selepas fardu Isya’) dan jika ditambat 2 rekaat lagi sebelum fardu zohor dan menjadi 12 rakaat, maka ganjaranya dibina sebuah mahligai di syurga! peluangnya sehari sebuah mahligai! bolehkah sekurang-kurangnya sebuah mahligai kita bina dalam setiap minggu? Jika berjaya maka tambahkan solat sunat lain yang menjadi sunnah seperti solat sunat hajat, awabin, sunat pagi Jumaat, sunat mutlak, tasbih dan banyak lagi! kerjakan dengan istiqamah! apabila kita istiqamah, maka semua tidak terasa banyak! !! atau satupun belum berjaya?! Mohon Allah jauhi kita tergolong dalam individu yang satu solat sunatpun belum istiqamah!

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. báo giá trần xuyên sáng - Trackback on 2016/08/08/ 11:57
  2. giá trần xuyên sáng - Trackback on 2016/08/16/ 15:28