SOLAT SUNAT TAUBAT

Biasakan dengan BERSUNGGUH-sungguh melaksanakan solat sunat taubat sebelum kita melaksanakan solat-solat sunat sebagai tanda kita mengakui kita seorang hamba yang tidak terlepas dari melakukan dosa sama ada secara sedar atau sebaliknya. Sebagai tanda penyesalan ialah dengan memohon keampunanNya melalui istighfar dan solat sunat taubat. Biasakan amalkan sunat solat taubat sebelum kita solat sunat hajat, sebelum solat sunat awabin, sebelum solat sunat tahajud selepas sahaja, sebelum solat sunat tasbih sebelum solat sunat dhuha. Boleh juga digantikan solat sunat taubat pada solat sunat rawatib yang bukan muakad. Banyakkan istighfar dan solat sunat hajat jika ada ruang. Carilah keampunan daripada Allah yang MAHA PENGAMPUN kerana permintaan orang diampunNya di antara doa yang makbulkan. Ramai yang tidak bersungguh-sungguh memohon keampuanNya, janganlah kita di antaranya.
Catatan: Bacaan dalam solat sunat taubat : Rakat 1 – surah al Fatihah dan surah al Imran ayat 135 dan 136. Rakaat 2 – surah al Fatihah dan surah anNisa’ ayat 110 ATAU Rakaat 1 – surah al Fatihah dan surah al Kafirun , Rekaat 2- surah al Fatihah dan surah al Ikhlas.

Leave a Reply