SOLAT SUNAT RAWATIB MENAMPUNG KEKURANGAN SOLAT FARDU, MAKA LAKSANAKAN YANG TERBAIK!

Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu. oleh kerana itu, kita semestinya melaksanakan solat tersebut dan solat sunat yang lain dengan melaksanakan yang terbaik sebagaimana kita mendirikan solat fardu. Pastikan setiap rukun dan amalan sunatnya dilaksanakan dengan sesempurna yang mungkin. Mana mungkin solat sunat tersebut dapat menampung kekurangan pada solat fardu senandainya solat sunat kita tiada kualiti. Mana mungkin ia dapat menampung kekurangan solat fardu jika kita laksanakan solat sunat tersebut dan keadaan tergesa-gesa, cincai dan asal buat sahaja. Semestinya bagaimana kita mendirikan solat fardu, maka begitu jugalah apabila kita mendirikan solat sunat. Itulah pentingnya pengurusan solat yang cekap sebagaimana artikel sebelum ini.

Leave a Reply