SOLAT SUNAT RAWATIB -LAKSANAKAN DENGAN BERSUNGUH-SUNGGUH

Solat sunat rawatib ialah solat sunat yang didirikan sebelum dan selepas solat fardu. Ianya terdiri dariapada muakad dan tidak muakad. Muakad amat dituntut untuk dilaksanakan. Sunat rawatib yang muakad ialah solat sunat 2 rakaatsebelum fardu Subuh, 2 rakaat sebelum dan selepas fardu Zohor, 2 rakaat selepas fardu Maghrib dan 2 rakaat selepas fardu Isya’. Cabaran untuk mengekalkan amalan ini bukan suatu yang mudah terutama rawatib untuk solat fardu Zohor. Untuk itu kita kena usaha bersungguh-sungguh melaksanakan, terutama apabila kita mempunyai masa dan ruang untuk melaksanakan dan ianya tidak mempunyai alasan bagi mereka yang tidak bekerja atau bercuti untum meluangkan beberapa minit untuk melaksanakan solat sunat rawatib sebelum dan selepas fardu Zohor. Untuk solat sunat sebelum Subuh, rasa tidak mempunyai masalah bagi mereka yang istiqamah solah Subuh berjemaah. Begitu juga dengan solat sunat rawatib selepas fardu Mghrib dan fardu Isya’. Laksanakan secara istiqamah, jangan sekali kita amalkan mengikut kehendak hati atau ikutan sahaja iaitu apabila rasa malas kita tinggalkan atau kita lihat orang lain abaikan, maka kita pun abaikan. Sebaik-baiknya solat sunat ini kita dirikan di rumah, namun sekiranya kita tidak yakin dapat lakukan di rumah maka selesaikan sebaik sahaja selesai mendiri solat berjemaah di masjid. Kita kena bersungguh-sungguh dalam amalan sunat, bukan ikut ‘mood’ atau persekitaran semata-mata.

Leave a Reply