SOLAT SUBUH-DI MANA KEMANISANNYA?

Kemanisannya apabila kita dapat solat fardu Subuh berjemaah. Lebih mania lagi jika ianya dapat dikekalkan sepanjang hayat berbaki. Tambah maniskan jika istiqamah solat sunat sebelum Subuh dua rakaat, yang balasannya satu dunia dan seisinya. Tersangat kaya seandainya ibadat tersebut diterimaNya. Bertambah-tambah manisnya jika kita kekal di rumahNya selepas solat fardu Subuh sehingga masuknya waktu dhuha. Manis-semanisnya jika di isi dengan majlis ilmu walaupun ringkas selepas solat fardu Subuh. Sebaik saja kita melaksana solat Subuh berjemaah sebagai memenuhi tuntutan seorang hamba kita berada pula di raudahNya(berada di majlis ilmu). Kemanisan yang paling sempurna apabila kita qiam malam dan diikuti dengan solat fardu Subuh berjemaah. Selain mendapat kemanisan beribadat, kita juga hambaNya yang paling kaya di antara hambaNya yang taat. Ikhlaskan ibadatmu keranaNya!

Leave a Reply