SOLAT PLUS(+) SOLAT DI MASJID PLUS(+) SOLAT BERJEMAAH

Mendiri solat merupakan terbaik dalam menunai perintahnya, solat di masjid adalah amalan yang cemerlang dan solat berjemaah di masjid adalah merupakan amalan yang gemilang. Kalau kita perhatikan sejak akhir-akhir ramai yang singgah untuk solat di masjid dan surau apabila dalam perjalanan dari tempat kerja atau pelbagai urusan. Sebaiknya singgahlah pada masa solat jemaah di diri iaitu di awal waktu. Namun sekiranya keadaan tidak mengizin dan sempat juga singgah untuk solat di masjid, sila pastikan kita solat berjemaah. Sama ada kita mempelawa tetamu Allah itu untuk solat berjemaah dan pada adat mintalah tetamu Allah yang kita ajak itu menjadi imam solat dan bersedia kita untuk mengimami solat berjemaah jika ia menolak. Sekiranya sudah ada kumpulan orang sedang solat berjemaah terus ‘join’ kumpulan tersebuat. Jika tidak jadilah makmum kepada sesiapa sahaja yang sedang solat tanpa perlu mengenal pasti hamba Allah yang kita imami itu sedang solat fardu atau solat berjemaah kerana kita akan mendapat pahala berjemaah. Sekiranya tiada orang solat lewat hadir masjid, maka tunggulah untuk beberapa jika waktu solat masih panjang mudahan akan hadir hambaNya yang ingin bersolat yang dapat dijadikan imam atau makmum kita. Sekira ianya tidak muncul-muncul maka bolehlah kita solat bersendirian (moga solat kita dianugerahi pahala berjemaah kerana kelewatan kita disebab hal tidak dapat dielakkan yang mana sebelumnya, solat berjemaah merupakan amalan istiqamah kita). Sebolehnya jika kita tertinggal untuk solat berjemaah pada waktunya, maka carilah masjid yang besar(jamek) kerana di masjid yang besar biasanya akan ada hambaNya yang akan singgah solat dek mungkin berhalangan seperti kita.

Leave a Reply