SOLAT, MANA YANG UTAMA?

Solat itu ada rukun yang mesti dipatuhi supaya solat kita diterimaNya. Kita kena laksanakan yang terbaik! memang tidak tidak dinafikan wirid dan doa seusai solat adalah satu amalan yang sangat dituntut. Namun, kena pastikan perjalanan solat kita kena jadikan utama!. Patuhi setiap rukun dengan sebaik-baiknya serta lengkapkan aksesorinya (segala sunat yang disunnahkan) semampu mungkin. Kadang kita yang jahil ini terkeliru apabila bermakmumkan orang yang terdidik dalam bidang agama yang mengimami solat tanpa memberi perhatian kepada tu’maninah dan perkara sunat yang melengkapkan solat tersebut. Pergerakkan terlalu cepat dengan melaksanakan yang rukun sahaja. Memanglah solatnya sah sekiranya semua rukun solat dilaksanakan. Namun, tidakkah kita inginkan solat yang terbaik untuk dipersembahkan kepadaNya. Tidak bolehkah kita menghayati setiap rukun dalam solat sebelum berpindah ke rukun yang berikutnya? Yang menjadi persoalannya wirid dan doa selepas solat dilaksanakan agak panjang dan penuh tertib dan khuyu’ berbanding dengan perlaksanaan solat yang agak cepat! Persoalannya, mana yang utama? solat atau wirid dan doa selepas solat? Sebaiknya keduanya perlu selari! Namun yang paling utama pastikan solat kita itu kita lakukan sebaik mungkin kerana solat itu kita berdepan dengan Allah swt dan di dalam solat itu sendiri telah lengkap dengan zikir dan doa. Malah kita diberi peluang untuk berdoa semasa kita paling hampir denganNya ketika sujud untuk berdoa kepadaNya (pastikan doa dalam bahasa al Quran disertai dengan hati). Sebenar pada solat itu sudah lengkap dalam berhubung dengan Maha Pencipta. Kita boleh memuji kebesaranNya-keagunganNya, ketinggianNya-keEsaanNya, memohon pengampunanNya, berzikir kepadaNya, memohon apa sahaja kepada ( sama ada pada bacaan dalam setiap rukun atau pergerakkan atau semasa sujud). Kita secara langsung berdepan denganNya. Jadi pastikan solat kita yang terbaik dan usahlah terburu-buru yang seolahnya lain keutamaan kita! wirid dan amalan selepas solat adalah sebagai tambahan kepada apa yang sebenarnya telah kita laksanakan semasa kita solat.

Leave a Reply