SOLAT MAGHRIB BERJAMAAH DI MASJID ATAU SURAU ATAU di rumah

Ramai yang lebih selesa dan santai berbuka puasa di rumah. Selepas mengambil beberapa biji kurma dan segelas air dan diikuti dengan kuih atau makanan berat mereka akan duduk menyandar di sofa rumah masing-masing. Apabila tinggal beberapa waktu berulah bergegas solat maghrib. Begitulah bagi kebanyakkan kita apabila berbuka di rumah tetapi tidak segera ke masjid atau surau yang bertaburan berhampir dengan rumah. Tidak ramai berkejar ke sana walaupun mampu sampai ke masjid atau surau berdelatan dalam beberapa minit selepas berbuka secara ringkas mengikut sunnah. Tidak mahukah kita menjadi salah seorang yang terpilih untuk berjamaah di masjid atau surau tanpa mangkir sepanjang ramadhan? Kita mampu laku dan Allah akan memudahkan menyampaikan kita untuk solat berjamaah di masjid atau surau jika itulah niat kita. Cubalah dan kita akan rasai nikmat ibadat yang tidak dirasai oleh orang solat maghrib di rumah pada bulan Ramadhan ini..

Leave a Reply