SOLAT- JANGANLAH NAMPAK JAHIL KALAUPUN TIDAK ALIM !

Kesumpurnaan wuduk yang dijelas sebelum ini merupa syarat sahnya Solat. Seandainya tidak memberatkan sila gosok gigi/bersugi sebelum solat.Sebaiknya berwuduk di rumah dan pergi ke masjid. Mulailah keluar rumah dengan langkah kanan dan berdoa. Hafal doa perjalanan ke masjid atau surau sebagai pelengkap dalam perjalanan ke masjid atau surau. Sekiranya rumah kita agak jauh dari masjid, maka jangan lepaskan peluang keemasan ini dengan menambah bacaan selepas doa ke masjid. Hafallah surah-surah yang telah dihafal supaya sentiasa segar di memori atau berselawat atau berzikir. Mungkin di waktu lain kita sibuk untuk menghafal kembali surat atau ayat yang kita sudah hafal, maka gunakan masa perjalanan kita ke rumah dengan amalan yang bermanfaat.Begitu juga waktu pulang nanti. Apabila amalan ini telah sebati ia akan menjadi ia amalan rutin kita dan tidak menjadi masalah walaupun jarak rumah dengan masjid agak jauh. Apabila tiba di masjid pastijan masuk ke dalam masjid dengan langkahan kaki kanan dan sebaiknya diiringi dengan doa. Apabila masuk ke masjid sila dirikan solat sunat sebelum duduk jika solat fardu belum didirikan. Solat sunat bergantung kepada masa dan keadaan. Jika belum azam bolehlah solat sunat tahattul masjid, solat sunat taubat dan sebagainya. Jika azan sudah atau sedang dilaungkan bolehlah solah sunat qabliah atau sunat tahattul masjid jika solat sunatnya tidak muakkad. Ingat elakkan solat jika azan sedang dilaung kerana ianya makruh. Ambil serius dar berkaitan azan, jawab azan dengan bersungguh-sungguh(akan mendapat safaat baginda SAW) dan elakkan dari bercakap.Terdapat doa setiap kali selepas menjawab bait-bait azan( dalami dari guru dan buku). Tidak ramai yang mengambil berat jawapan pada bait solat fardu Subuh “assolatukhairumminannaum” jawapannya ” sodartawabarota”. Jadilah kita di antara yang tidak ramai tersebut. Berdoalah semasa azan dilaungkan kerana pada masa azan dikumandangkan syaitan akan lari sayut mata memandang, maka ambil kesempatan semasa ketiadaan syaitan untuk kita berdoa di samping menghayati azan dengan bersungguh-bersungguh.Ramai yang mendengar laungan azan secara sambil lewa tapi biarlah bukan kita!

Leave a Reply