SOLAT ITU NO 1

Solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab. Password untuk memasuki menu untuk menghitung amalan-amalan kita yang lain!
Pentingnya perlu menyedarkan kita untuk menyempurnakan kewajipan solat menjadi paling terbaik.
Meletakkan solat sebagai yang pertama bermakna kualiti solat yang kita diri mestilah 100% terbaik dan menjadi keutamaan dan kewajipan untuk mencapai ke tahap tersebut! Untuk menggapai tahap tersebut beberapa tindakan proaktif mesti diambil!
Di antaranya ialah:
i. Memastikan segala rukun,wajib dan sunat dilaksanakan dengan betul itu mengamalkan sebagaimana apa yang ditetapkan oleh sunnah. Contohnya aspek pergerakan dan setiap bacaan dalam solat mestilah betul dan menepati syariat.
ii. Memastikan solat tepat waktu dan berjemaah di masjid atau surau(bagi lelaki) semua lima waktu kecuali uzur syarie.
iii. Memastikan dengan bersungguh-sungguh supaya kita berada di saf paling hadapan.
iv.Berpakaian yang paling baik atau khusus (pakaian yang kita pakai untuk solat layak juga dipakai apabila kita ingin bertemu pembesar negara.
v. Berada dalam keadaan bau yang paling penyenangkan sebagai kita bertemu dengan manusia lain.
vi. Persiapan sebelum atau selepas solat mestilah yang terbaik dalam semua aspek seperti berwuduk,doa atau zikir solat sunat rawatib sebelum dan selepas solat dan apa sahaja yang berkaitan dengan solat.
vii. Dan apa-apa sahaja keperluan agar kualiti solat kita mencapai 100% serta mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

Leave a Reply