SOLAT FARDU ZOHOR BERJEMAAH

BEBRAPA jam Ramadhan meninggalkan kita. Kita sanggup bertahan melaksanakan solat sunat terawih dan witir sehingga 21 saat. Kita datang tepat pada waktu untuk solat sunat terawih dan ada sebelumnya solat fardu Isya’ berjemaah. Kita tidak akan ketinggalan solat terawih dengan berbuka ala kadar dan tidak sempat pun rehat terus bersiap untuk ke masjid. Namun, bagaimana DENGAN solat fardu Zohor yang sangat dituntut? Adakah kita tidak sanggup tinggalkan juadah yang enak dan sanak saudara serta kawan yang tersayang untuk hadir mengadap Ilahi kekasih kita untuk solat fardu Zohor berjemaah di masjid atau Surau yang berhampiran. Ramadhan sudah pergi tetapi amalan biar kekal sehingga akhir ayat. Ayuh kekalkan solat fardu berjemaah di masjid atau Surau atau (ajak tetamu atau ajak tuan rumah jika tidak berkesempatan ke rumahNya) secara istiqamah!

Leave a Reply