SOLAT FARDU ITU BUKAN SEKADAR RUTIN!

Allah telah memerintahkan hambaNya melaksanakan solat fardu 5 kali dalam sehari secara terus melalui junjungan besas Nabi Muhammad Sallahu ‘alaiwasallam dalam peristiwa isra’ dan mi’raj. Fardu solat mesti dilaksanakan dalam keadaan apa sekalipun selagi berakal waras walau fizikal terkulai kaku> Solatlah perkara pertama akan dinilai sebelum menilai amalan-amalan lain oleh Allah Subahanahu wata’ala. Ini menjelaskan kepada kita, bahawa melaksanakan ibadat solat bukanlah sekadar amalan rutin iaitu kita sentiasa melaksanakan solat apabila berada dalam waktu yang telah ditetapkan. Mungkin kita berjaya melepasi tanggungjawab fardu yang dikenakan kepada kita sebagai hambaNya. Namun, adakah solat kita diterima? Persoalan inilah yang perlu kita beri perhatiaan dengan bersungguh-sungguh! Apakah syarat dan ciri-ciri solat yang sempurna yang akan diterimaNya. Panduannya telah jelas, iaitu kita solat sebagaimana Rasul Sallahu ‘alaiwasallam solat. Selain melaksanakan segala rukun yang telah ditetapkan, terlalu banyak syarat yang membolehkan solat kita sempurna sebgaimana Nabi Sallahu ‘alaiwasallam solat. Kita harus berusaha ke arah itu walau pada hakikatnya amat sukar kita mendapat solat yang sempurna. Untuk melepaskan diri daripada menjadikan solat fardu itu sekadar rutin, maka kita perlu melaksanakan dengan selengkap mungkin sebagaimana yang Rasulullah Sallahu ‘alaiwasallam laksanakan. Di antaranya:
i. Memastikan setiap rukunnya dilakasanakan dengan betul dan tepat samada dalam aspek pergerakan, perbuatan dan bacaan al Quran,doa dan zikir berkaitan dalam solat.
ii. Solat di awal waktu kecuali atas sebab-sebab syarie
iii. Solat berjemaah 5 waktu (100%)
iii. Melengkapkan solat dengan zikir dan doa sebagaimana Nabi Sallahu ‘alaiwasallam baca ketika solat, bukan sahaja melasanakan yang rukun sahaja.
– Ianya bermula dari berwuduk serta doanya serta solat sunat wuduk,doa keluar rumah, doa perjalan ke masjid atau surau, doa masuk ke masjid, solai. St sunat sebelum solat fardu, menjawab azan serta berdoa, zikir atau doa selepas iqamat, doa iftitah yang lengkap (terdapat pelbagai doa iftitah yang lengkap yang menjadi amalan Rasul Sallahu ‘alaiwasallam),zikir semasa rukuk yang lengkap(terdapat pelbagai doa iftitah yang lengkap yang menjadi amalan Rasul Sallahu ‘alaiwasallam), doa semada ‘itidal (terdapat pelbagai doa iftitah yang lengkap yang menjadi amalan Rasul Sallahu ‘alaiwasallam), zikir dan doa semasa sujud (terdapat pelbagai doa iftitah yang lengkap yang menjadi amalan Rasul Sallahu ‘alaiwasallam), doa di antara dua sujud, tahiyat akhir yang lengkap (terdapat pelbagai doa iftitah yang lengkap yang menjadi amalan Rasul Sallahu ‘alaiwasallam)m doa selepas salam dan sebagainya. Kena semtiasa membuat tambah baik dan nilai tambah dalam melaksanakan solat kita. Kena ada perubahan dan peningkatan dalam aspek kualiti dan kuantiti yang signifikan berbanding dengan solat yang telah kita lakukan di masa lalu.
iv. Solat sunat rawatib juga perlu diperkasakan bukan sekadar asal buat atau buat apabila rasa hendak buat sahaja. Kerana solat ini adalah pelengkap kepada kekurangan pada solat fardu kita di samping Allah telah menyediakan ganjaran kepada mereka yang mendirikan solat rawatib terutama solat sebelum fardu Subuh dan kepada yang berjaya melaksanakan solat sunat rawatib sebanyak 12 rakaan dalam sehari.

v. Selain hubungan dengan Allah, kita juga perlu menjaga hubungan baik sesama manusia sepanjang kita berada di rumahNya.

vi Sentiasa mendalam ilmu berkaitan dengan solat terutama berkaiatan dengan solat yang diterimaNya serta solat yang ditolakNya.

Mudahan solat yang kita laksanakan memenuhi sebagaimana kehendakNya bukan sebagai rutin!

Leave a Reply