SOLAT FARDU BUKAN ‘PART TIME’

Sekian kalinya, untuk ingatan kepada diri sendiri. Solat ada yang fardu dan ada yang sunat. Keduanya hendaklah dilaksanakan sebaik mungkin kerana solat itu kita berdepan denganNya. Apabila solat fardu itu bukan ‘PART TIME’ maka kita hendaklah melakukannya yang terbaik. Ianya bermula fizikal yang suci serta perpakaian yang paling elok dengan wuduk yang sempurna diikuti dengan melaksanakan solat secara berjemaah.Apabila kita solat berjemaah maka sebarang kekurangan dapat ditampung di antara satu sama lain. Apabila kita hadir solat berjemaah, hendaklah dalam keadaan yang amat bersedia. Kita semestinya bersedia untuk berada di saf pertama dan paling hampir dengan imam serta pastikan dapat bertakbir bersama imam. Pelengkap kepada persiapan ialah menlafazkan zikir dan doa-doa yang menjadi sunnah sebelum mendirikan solat. Ianya diikuti dengan pelaksanaan rukun yang sesempurna mungkin dalam aspek bacaan (tajwid yang betul), berdiri yang betul,rukuk yang betul. sujud yang betul, salam yang betul dan semua yang bekaitan perkara yang rukun dan yang sunat sebaik mungkin. Pengisian solat yang terbaik dengan perkara-perkara yang rukun dan yang sunat sama ada aspek pergerakan, bacaan dan doa. Ianya diikuti dengan solat sunat rawatib untuk menampung sebarang kekurangan solat fardu kita. Mudahan solat kita mabrur.

Leave a Reply